MasyaAllah, Rupa-Rupanya Inilah RAHSIA UBUN-UBUN Yang Telah Lama Disebut Dalam Al-Quran! Pakar Sains Pun Baru Tahu
MasyaAllah, Rupa-Rupanya Inilah RAHSIA UBUN-UBUN Yang Telah Lama Disebut Dalam Al-Quran! Pakar Sains Pun Baru Tahu
Istilah ubun-ubun sememangnya tak asing lagi di kalangan masyarakat. Ubun-ubun yang lembut, khususnya di kalangan bayi baru lahir sebenarnya menyimpan satu rahsia yang telah disebut dalam kitab suci Al-Quran. Apabila kita mempelajari Al-Quran, maka kita akan menemukan satu istilah iaitu nashiyah sebagai ubun-ubun. Istilah tersebut disifatkan dengan istilah kadzibah khathi’ah yang bererti derhaka lagi berdusta.
Allah berfirman, “(Iaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka.” (Al-‘Alaq: 16)
Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut derhaka sedangkan ia tidak berbuat salah? Prof. Muhammad Yusuf Sakr membuktikan bahawa tugas bahagian otak yang berada di ubun-ubun manusia berfungsi untuk mengarahkan perilaku seseorang.
“Kalau seseorang berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga kalau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”
Menerusi penelitian Prof. Keith L Moore, beliau menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan organ yang bertanggungjawab untuk membuat pertimbangan dan menjadi pengarah terhadap kelakuan manusia. Sementara organ tubuh hanyalah parajurit yang melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat di ubun-ubun.
Merujuk kepada susunan organ di bahagian atas dahi, terdapat satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu bahagian otak yang disebut frontal lobe. Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neuron yang berbeza fungsinya. Lapisan depan merupakan bahagian terbesar dari frontal lobe dan tugasnya berkait dengan pembentukan keperibadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat konsentrasi, berfikir dan menyimpan memori.
Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun.
Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebahagian tindakan manusia yang menunjukkan keperibadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan serta seterusnya. Bahagian inilah yang membezakan sifat-sifat tersebut dan juga memotivasikan seseorang untuk melakukan kebaikan atau kejahatan.
Dalam pembentangan Prof. Keith L Moore di Cairo tersebut, beliau turut menunjukkan fungsi ubun-ubun sebagai pusat kendali dan pengaruh manusia, bahkan haiwan yang juga memiliki otak.
Ini selari dengan firman Allah, “Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Hud: 56)
Beberapa hadis Nabi SAW yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba lelaki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu.”
“Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya.”Juga seperti sabda Nabi SAW, “Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya hingga hari Kiamat.”
Hal itu menunjukkan bahawa ini adalah ilmu Allah yang pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu, dan membuktikan bahwa Muhammad adalah Utusan Allah.
Pengetahuan tentang fungsi frontal lobe dimulai pada tahun 1842 iaitu ketika salah seorang pekerja di Amerika tertusuk ubun-ubunnya, lalu hal tersebut mempengaruhi perilakunya, tetapi tidak membahayakan fungsi tubuh yang lain. Dari sinilah para doktor mulai mengetahui fungsi frontal lobe dan hubungannya dengan perilaku seseorang. Para doktor sebelum itu meyakini bahawa bahagian dari otak manusia ini adalah area bisu yang tidak memiliki fungsi.
Perbahasan fungsi ubun-ubun ini berasal dari kitab suci Al-Quran dimana semua perkara terdapat di dalamya. Hal ini membuktikan bahawa Allah memiliki segala ilmu di alam semesta. Dialah Sang Maha Tahu.
Sebagai seorang Muslim, kita harus meyakini kebenaran dari kandungan Al-Quran. Bayangkan para pengkaji baru saja menemui pengetahuan tentang ubun-ubun sedangkan kitab Al-Quran sudah menyebutnya sejak zaman Nabi lagi.
Lalu siapa yang telah memberitahu Nabi mengenai hal yang bisa diketahui dari perkembangan zaman ini? Siapa lagi kalau tidak Allah SWT. Dia telah menunjukkan keagungan dan kuasa-Nya melalui hal ini. Wallahualam. Norzalina Mohd Alias